Tuesday, 18 February 2014

Suara Hati

Ya ALLAH

kadang-kadang hati ini berlagu sepi,,tapi sebagai HambaMU aku cuba mengisi kesepian ini dengan memuji kebesaranMU,menyebut namaMU .. ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH
Pada 03hb Februari 2014 ,hari Isnin , hampir dengan waktu Azan Asar .. Ya ALLAH ,  ALLAH mengambil kembali insan yang aku sayang , abah yang aku sayangi,insan yang membesarkan aku,mendidik aku menjadi hamba ALLAH yang baik .. selama hampir 20 Tahun tidak pernah jemu menyayangi aku seperti anak kandungnya sendiri...
Ya ALLAH , jika kesedihan yang meyelebungi ku dengan kepermegian insan itu,,aku cuba memujuk hati ku.. (sabarlah hati ,ini adalah takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH. jangan bersedih ALLAH kan ada)..
Ya ALLAH hanya Doa yang mampu aku berikan ,, terimalah Doa ku ini buat abah ku disana .
Ya ALLAH aku hambaMU yang lemah..
Tempatkan abah ku dikalangan orang yang BerIman,Beramal Soleh
Tempatkan abah ku dikalangan Hamba-hambaMu yang Bertaubat..
Masukkan abah ku kedalam SyurgaMu , Temukan kami dengan Insan yang kami sayangi ini diSyurgaMu Ya ALLAH .. jagalah abah ku disana dengan sebaiknya Ya ALLAH .. Tempatkan abah ku bersama-sama kekasih-kekasihMu disisiMu Ya ALLAH ..
ALLAHHU RABBI ..
 Rindunya along dengan abah..sayangnya along dengan abah..along akan jaga mama dengan adik lebih dari along jaga nyawa along sendiri abah.. Tenang lah disana,,Tunggulah along ,mama, dan adik disana kami pasti akan menyusur abah..Takdir ALLAH kami tak tahu bila pula waktu kami akan pergi bertemu ALLAH ..
Ya ALLAH bantulah aku mejadi anak yang solehah yang sentiasa mampu mendoakan Kesejahteraan dan kebahagiaan Ibu dan bapa2 ku serta saudara-Saudara SeIslam ku..

Friday, 10 January 2014

Tetamu ALLAH

Ya ALLAH!
Disini masih lagi aku berdiri
Mengimbasi kembali sejarah silam
Ketika mendatangi tanah suci Mu
Menjadi tetamu atas jemputan Mu
Menghadirkan diri kekota Mekah Mukaramah
Begitu tersergam megah bangunan Ka'abah
Rumah suci Mu diMasjidilharam
Betapa kerdilnya diwaktu itu
Ketika musafir diPadang Arafah
Ditemani jutaan umat Muhammad
Yang datang dari seluruh pelusuk dunia
Memohon ampun dan restu Mu
Betapa indahnya Masjid Nabawi
Ditanah suci Madinah Al-Munamarah
Disitu bersemadi pemimpin agung
Kini lambaian itu menjelma kembali
Mengundang tetamu yang lain pula
Berkumandang jelas diudara

"Aku sahut seruan Mu ya Allah"
"Aku sahut seruan Mu"
"Aku sahut seruan Mu"
"Tiada sekutu bagi Mu"
"Aku sahut seruan Mu"
"Pujian, nikmat dan kerajaan untuk Mu"
"Tiada sekutu bagi Mu"

(Untuk bakal bakal mereka yang akan menunaikan fardhu Haji)

Kehidupan

kehidupan ini hanyalah sementara,,
didunia ini lah Tempat kita mencari Bekalan Untuk dunia yang Abadi iaitu di Akhirat sana,,
Mati tidak mengenal usia,,tidak mengenal pangkat atau darjat,,
Jika sudah Tiba masanya yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T untuk kita pergi menyahut seruanNYA,,Tidak kira dimana atau didalam keadaan macam mana sekalipun tetap kita akan pergi....
Mati tidak akan lewat sesaat dan tidak akan cepat sesaat dari masa yang telah ditetapkan oleh Tuhan kita
ALLAH S.W.T ..

Ya ALLAH Ya TUHANku,,
Aku Bermohon kepadaMU
Matikanlah aku dan saudara-saudara seIslam ku didalam Iman ,seperti mana kau hidup kan Kami didalam Iman..
Matikanlah aku dan saudara-saudara seIslam ku didalam Agama ISLAM seperti mana kau Hidupkan kami didalam Agama ISLAM MU yang mulia dan Suci ini  Ya ALLAH Ya TUHANku....
Jangan pesongkan hati kami Ya ALLAH Ya TUHANKU.....


Thursday, 3 October 2013

Sahabat Sejati Sampai Ke akhirnya

Sahabat untuk selamanya . .
xsangkakan Bila kita sama-sama berada di Rompin untuk survey camp,,baru kita dapat mengenali kawan-kawan kita . . setahun setengah yang kita hadapi bersama untuk perjuangan ini belum cukup untuk kita mengenali antara satu sama lain . . Bila pergi survey camp kawan-kawan yang selama ni yang buat derrk jea sebenarnya mempunyai sekeping hati yang begitu ikhlas dan tulus dalam bersahabat. . Bila susah kita hadapi kesusahan tu bersama-sama,kita berganding bahu,bergabung tenaga untuk menghadapi kesusahan itu . . bila senang kita senyum bersama-sama,kita ketawa bersama-sama,kita happy bersama-saam seiring dengan hati kita yang sama-sama gembira . .kawan-kawan dengan pengalaman yang kita dah lalui bersama ,,satu benda yang dapat amal pelajari "jangan menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja,,tetapi kenali dan selamilah hatinya,budinya . . guys u are the best!!love u all . . Diploma ukur Tanah(DUT 1A,2A,3A . . InsyaALLAH sampai ke 6A)


Tuesday, 9 July 2013

Harapan Seorang Hamba ALLAH S.W.T

Ya ALLAH Ya TUHANKU
Aku mengharapkan seseorang yang mampu membimbing aku ke Jalan Yang Diredhai dan DiberkaTi olehMU Ya ALLAH ,
yang mampu menerima segala kekurangan  yang ada dalam diriki ini,
yang mampu menyempurnakan kelemahanku
Yang mampu menjadi Imam unTuk seTiap Sujud dan SolaT ku kepadaMU Ya ALLAH,
Yang mampu menjadi pemandu untuk membawa aku ke jalan Mu yang Benar Ya ALLAH
serTa yang Mampu Menjadi Peneman aku Di SyurgaMU unTuk Selama-lamanya Ya ALLAH
Semoga aku juga mampu menjadi waniTa yang Terbaik Dan Solehah UnTuk Imam ku iTu !
InsyaALLAH
Aamiin


Hari PerTama Ramadhan

Alhamdulillah

Hadir juga Ramadhan yang dinanti
,,aku mengharapkan ramadhan kali ini akan menjadi lebih bermakna dan lebih baik dalam hidup aku. .
Ya ALLAH Ya TUHANKU aku mengharapkan Ramadhan kali ini akan dapat menambahkan dan meningkatkan KeTaqwaanku , KeImananku , KeSabaranku dalam menghadapi ujianMU ini Ya ALLAH . .

PadaMU aku mengharap
Rahmatilah Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W serta para Keluarga dan sahabaT baginda ,
SerTa Berkati lah kaMi Di bulan yang penuh KerahmaTan dan Keberkatan ini
InsyaALLAH
Aamiin

Monday, 24 June 2013

Luahan HaTi BuaT sahabaT yang aku sayangi

Sahabatku
Muhammad Hakeemie
Ternyata Sekali Disini aku ingin katakan Betapa aku Masih Menyayangimu
aku masih merinduimu. .
Tetapi sudah kehendak Illahi
kau pergi meninggalkanku
Betapa aku sangat Rindukan Kenangan di waktu yang sudah berlalu. .
aku akui memang hatiku sangat sedih,,aku kecewa . .
Tetapi satu yang aku Ingat dan kerana itu aku Tabahkan hatiku,,
Apa yang membuat aku Tabah adalah. .
Aku Ingat kembali kata-kataku kepadamu,,
dulu aku pernah katakan,,
'Keem,amal benar2 Mencintaimu kerana ALLAH'
dan apa yang membutkan aku fikir,,
Jika selama ini aku benar-benar Meyayangimu,,pasti aku akan Redha dengan kepergianmu dari hatiku . .
Aku yakin wanita yang berada disamping mu itu adalh wanita yang Terbaik buatmu,dan mampu menjaga dikala sakitmu,,dan mampu membantu dikala susahmu . .
kalau dulu aku pernah katakan,,
'Amal nak keem bahagia'
dan sekarang ALLAH S.W.T telah Menganugerahkan kekasih yang mampu membahagiakanmu,,kenapa aku mesti sedih dan kenapa aku mesti kecewa,,kerana itu aku Terima segala keTenTuan yang Telah Ditetapkan Oleh ALLAH S.W.T
   Sekarang aku hanyalah Hamba ALLAH yang Lebih Mengharapkan kasih sayang DariNYA
Sejauh mana diri aku bawa . . Doa ku Sentiasa Mengiringi Langkah dan HidupMu
(SelamaT Berbahagia Sahabatku Bersama Husna,wanita yang solehah dan cantik, secantik nama dan Akhlaknya)
Dan Ternyata aku masih belum mampu menerima sesiapa dalam hatiku,dan aku tak tahu sampai bila hati aku akan terus Tertutup untuk insan Bergelar lelaki,,
Sebagai Menunaikan janjiku padamu dulu,,kalau nak tunggu hari Perkahwinanku ,,Tidak aku tahu sampai bila,,jadi Memandangkan kamu telah Berjumpa Insan Yang kamu cari selama ini ,,
secara rasminya " Melepaskan kamu dari Hatiku"
Tidak aku harap lagi cinta dari lelaki lain,, Biar lah Takdir Menentukan segalanya !
cuma aku harapkan Doa dari kamu Sahabatku,,untuk aku Teruskan Hidupku ini . .

Ikhlas dari budak x berapa comod ni(hehe)
Nur Amalina