Sunday, 23 March 2014

ini cerita di kampung halaman..

Renunganku buat Arwah Abah Tercinta

::TERIMA KASIH Abah:: Bismillah.... Waktu begitu cepat berlalu, Seiring langkah dalam Cerita, Terbayang wajahmu dalam Hatiku, Kau adalah kisah terindah.. Tajam matamu tenangkan hati, Luka hidupmu kau bawa sembunyi, Hangatnya sentuhanmu yang penuh cinta.. Kau adalah bintang dalam hatiku, Dalam lelahmu msih kau tersenyum, Dalam duka kau belai aku, Dalam sempitmu kau ajarkanku tegar.. semoga ALLAH S.W.T selalu bersamamu.. Abah... Abah,Terima Kasih.. Kau beri aku Cinta, Abah... Abah,Terima Kasih.. Ajarkan Aku erti hidup"

Tuesday, 18 March 2014

Pokok peninggalan arwah abah.. Tumbuh dengan subur dan mekar..

Arwah abah cakap sewaktu pokok tak nak berbuah "jangan tebang,sekurang-kurangnya dapat teduhkan kawasan rumah" .. tapi bila abah dah tak ada .. Alhamdulillah dengan Izin ALLAH S.W.T lebat pula pokok ni berbuah.. Perbezaan diwaktu malam dan siang

Bertugas di pagi hari..mulakan dengan senyuman, InsyaALLAH hati akan tenang..

Thursday, 13 March 2014

Hati Merindu..

Hari ni dah Genap hari ke-40 Arwah abah pergi meninggalkan dunia sementara ini.. Rasa cepat benar masa berlalu..dalam sedar tak sedar dah 40 hari kami hidup didunia ini tanpa abah.. tanpa melihat wajah abah lagi,tanpa mendengar suara abah lagi,tanpa mendengar pertolongan dari abah lagi.. kami Redha dengan segala ketentuaN Dan Takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T .. sekurang-kurangnya kami sekeluarga tidak perlu melihat kesakitan yang ditanggung oleh abah.. Walaubagaimanapun along,mama dan adik sentiasa MenDOAkan semoga abah ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih ALLAH S.W.T ,, anak-anakmu sentiasa merinduimu abah..

Tuesday, 18 February 2014

Suara Hati

Ya ALLAH

kadang-kadang hati ini berlagu sepi,,tapi sebagai HambaMU aku cuba mengisi kesepian ini dengan memuji kebesaranMU,menyebut namaMU .. ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH
Pada 03hb Februari 2014 ,hari Isnin , hampir dengan waktu Azan Asar .. Ya ALLAH ,  ALLAH mengambil kembali insan yang aku sayang , abah yang aku sayangi,insan yang membesarkan aku,mendidik aku menjadi hamba ALLAH yang baik .. selama hampir 20 Tahun tidak pernah jemu menyayangi aku seperti anak kandungnya sendiri...
Ya ALLAH , jika kesedihan yang meyelebungi ku dengan kepermegian insan itu,,aku cuba memujuk hati ku.. (sabarlah hati ,ini adalah takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH. jangan bersedih ALLAH kan ada)..
Ya ALLAH hanya Doa yang mampu aku berikan ,, terimalah Doa ku ini buat abah ku disana .
Ya ALLAH aku hambaMU yang lemah..
Tempatkan abah ku dikalangan orang yang BerIman,Beramal Soleh
Tempatkan abah ku dikalangan Hamba-hambaMu yang Bertaubat..
Masukkan abah ku kedalam SyurgaMu , Temukan kami dengan Insan yang kami sayangi ini diSyurgaMu Ya ALLAH .. jagalah abah ku disana dengan sebaiknya Ya ALLAH .. Tempatkan abah ku bersama-sama kekasih-kekasihMu disisiMu Ya ALLAH ..
ALLAHHU RABBI ..
 Rindunya along dengan abah..sayangnya along dengan abah..along akan jaga mama dengan adik lebih dari along jaga nyawa along sendiri abah.. Tenang lah disana,,Tunggulah along ,mama, dan adik disana kami pasti akan menyusur abah..Takdir ALLAH kami tak tahu bila pula waktu kami akan pergi bertemu ALLAH ..
Ya ALLAH bantulah aku mejadi anak yang solehah yang sentiasa mampu mendoakan Kesejahteraan dan kebahagiaan Ibu dan bapa2 ku serta saudara-Saudara SeIslam ku..

Friday, 10 January 2014

Tetamu ALLAH

Ya ALLAH!
Disini masih lagi aku berdiri
Mengimbasi kembali sejarah silam
Ketika mendatangi tanah suci Mu
Menjadi tetamu atas jemputan Mu
Menghadirkan diri kekota Mekah Mukaramah
Begitu tersergam megah bangunan Ka'abah
Rumah suci Mu diMasjidilharam
Betapa kerdilnya diwaktu itu
Ketika musafir diPadang Arafah
Ditemani jutaan umat Muhammad
Yang datang dari seluruh pelusuk dunia
Memohon ampun dan restu Mu
Betapa indahnya Masjid Nabawi
Ditanah suci Madinah Al-Munamarah
Disitu bersemadi pemimpin agung
Kini lambaian itu menjelma kembali
Mengundang tetamu yang lain pula
Berkumandang jelas diudara

"Aku sahut seruan Mu ya Allah"
"Aku sahut seruan Mu"
"Aku sahut seruan Mu"
"Tiada sekutu bagi Mu"
"Aku sahut seruan Mu"
"Pujian, nikmat dan kerajaan untuk Mu"
"Tiada sekutu bagi Mu"

(Untuk bakal bakal mereka yang akan menunaikan fardhu Haji)

Kehidupan

kehidupan ini hanyalah sementara,,
didunia ini lah Tempat kita mencari Bekalan Untuk dunia yang Abadi iaitu di Akhirat sana,,
Mati tidak mengenal usia,,tidak mengenal pangkat atau darjat,,
Jika sudah Tiba masanya yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T untuk kita pergi menyahut seruanNYA,,Tidak kira dimana atau didalam keadaan macam mana sekalipun tetap kita akan pergi....
Mati tidak akan lewat sesaat dan tidak akan cepat sesaat dari masa yang telah ditetapkan oleh Tuhan kita
ALLAH S.W.T ..

Ya ALLAH Ya TUHANku,,
Aku Bermohon kepadaMU
Matikanlah aku dan saudara-saudara seIslam ku didalam Iman ,seperti mana kau hidup kan Kami didalam Iman..
Matikanlah aku dan saudara-saudara seIslam ku didalam Agama ISLAM seperti mana kau Hidupkan kami didalam Agama ISLAM MU yang mulia dan Suci ini  Ya ALLAH Ya TUHANku....
Jangan pesongkan hati kami Ya ALLAH Ya TUHANKU.....